Kembalinya Ia Semula…

September 30, 2009

KEHIDUPAN di dunia ini tidak pernah terlepas dari resah dan duka, tidak ada hidup yang sejernih-jernihnya, kecuali mereka yang sudah hilang akal iaitu GILA.

KESEDIHAN dan KEDUKAAN manusia mempunyai pertalian dengan masa silamnya, tetapi masih dipanggil-panggil masih diulang-ulang, kemudian dimamah kembali, setelah itu dimuntahkan pula kembali. Dan seperti anda membaca buku cerita yang tidak jemu-jemu diulang dan diulang lagi siang dan malam.

TANYALAH mengapa manusia bersikao demikian apakah ertinya? Maka orang bijaksana dan arif akan memberi jawapan, itulah kebiasaan fikiran yang tidak sihat dan ubatnyatutupla pintu mana-mana hari yang telah dilalui.

ADA orang bila ditimpa duka nestapa dia pendamkan diam-diam dalam hatinya bagai tidak ada apa-apa yang berlaku, sedangkan kedukaan yang paling merbahaya adalah kedukaan yang dipendamkan. Menyumbatkan kedukaan dalam akal samalh dengan menyumbatkan sesuatu yang tidak boleh dihadamkan ke dalam perut sperti batu atau benda-benda keras.

HANYA orang bijaksana saja yang dapat menyelamatkan diri dari duka nestapa hidup iaitu orang-orang yang ahu mementingkan isi dari kulit luar hidup. Orang-orang yang menyedari akan kejadian dirinya dari tanah dan angin dan mereka akan pulang kepada tanah dan angin jua….


Andai pegkaryaan sebelum ini  mengandungi salah silap, maaf  jua di pinta dari saya.

Mungkin saya perlu lebih memahami cara penulisan untuk menarik lebih ramai pembaca..

insyaAllah jika di panjangkan umur, saya akan kembali tapi dalam tempoh yang tidak diketahui…

Salam Ukhuwah… ^_^

Pencarian……

April 22, 2009

america-oak-tree-in-new-england-sunrise

Tangisan derita..

Masihkan bermakna masa ini..

Apa yang di pinta sebenarnya…

Adakah menipu diri sendiri lagi????


Jika di biarkan bersahaja…

Terasa sengsara di kala hidup ni..

Menaruh tanpa pikir kelemahannya..

Namun ia terus meniti tanpa henti…


Di sebaliknya..

Masih ade sesuatu yang tidak akan kita ketahui..

Adakah perlu terus mencari…

Atau biarkan dengan pencarian yang baru?????


Pencarian yang baru..

Tak bermakna melainkan pertolongan dari-Nya..

Namun adil kah dirimu..

Melebihi tanpa pikir yang mana sepatutnya lebih menerima..


Pikirla sebaiknya hdup ini..

Apa yang dicari..

Apa yang dingini…

Apa yang dimiliki..

Apa yang dikhuatiri..

Dan apa penutup cerita hidup ini…


Selami plot hidup ini..

Akan kita temui apa yang kita cari..

Hanya dua jalan di beri…

Kamu pilihla sendiri..


Esok…

April 11, 2009

Esok adalah hari terakhir aku bersamanya….

Entah bila akanku bersama kembali…

Adakah bulan depan, 2 bulan depan atau mungkin selamanya tidak…

Amat perit!!!!!!!!!

Pertama kali aku mengalaminya….

Banyak dugaan, cabaran aku selami bersama-samanya….

Namun, dugaan yang tiba adalah bukan bermula dengan perkembangan dalam sesebuah cerita..

Tetapi, aku terus mengalami  klimaks dalam cerita yang aku mulai sendiri…

Ibarat kita memulakan dakian dengan lembah yang curam…

Bukan lembah yang landai…

Aku amat terkejut, amatla terkejut…

Sampaikan terasa sakit dada bila mendengarnya….

Rasanya aku ditipu selama ini…

Rupanya inila yang selalu orang perkatakan…

Di depan lain, apatah lagi di belakang kita…

Aku hampir putus asa..

Namun, masih ade yang sanggup memberi sokongan kepada aku….

Tetapi ia tetap menjadi cerita hitam selamanya dalam cerita aku selami sendiri…

Namun ia akan mula berakhir esok…

Esok adalah hari terakhir bagi ku…

Apa yang hendak jadi, jadi la…

Aku tidak mau di permain-mainkan lagi…

Cukupla sekali itu…

Jatuh maruah aku….

Moga aku tidak lagi di duga dengan dugaan sebegitu rupa… INSYAALLAH…

Aku tak sabar menanti hari ESOK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dalam kehidupan ini akan akan selalu kita temui, susah dan senang silih berganti.

Lepas dari kesusahan yang satu, datang kesulitan yang lain.

Kesenangan itu terletak di antara dua kesusahan dan kesusahan itu terletak antara dua kesenangan.

Ada kenikmatan yang dibungkus dengan kesusahan dan ada pula kesengsaraan yang di bungkus dengan kesenangan .

Disamping kesulitan sebenarnya ada kelapangan yang tersirat, hanya kita tidak memperhalusi pemikiran kita.

leaf32

Yang buruk itu ada faedahnya dan yang baik itu pula ada buruknya, hanya orang-orang yang bersifat ikhlaslah yang selalu memetik hasilnya.

Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang itu.

Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan.

Hidup ertinya berjuang, kalau tidak berjuang bererti bukan hidup namanya.

Dunia ini adalah medan pengujian, manakah manusia yang sejati dan yang manakah palsu.

Hanya orang yang tabah dan ikhlas yang akan mendapat kemenangan.

Sifat keiklahlasan yang ada dalam hati manusia akan menimbulkan kedamaian di muka bumi.

Kejahatan yang ada di hati akan mengakibatkan kacaunya masyarakat.

Hati yang beriman akan menumbuhkan akhlak yang tinggi.

Kayuhlah bahtera anda tetapi jangan halangi bahtera orang lain………

Perantau

Mac 14, 2009

^_^
Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghiris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

Album : Secerah Pewarna
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Semalam….

Mac 5, 2009

Akan Hadir Dalam Dirimu

Semalam…Terukir peristiwa silam
kenangan tak bisa terpadam
ku terkenang
oh semalam

Sedetik…

Ku singkapi tirai memori
saat duga tiba menguji
oh semalam
telah pergi

Tuhan
ampunkan segala dosa-dosa

Moga
hari esok ku lebih sempurna

Semalam…

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam

Tuhan

Ampunkan segala dosa-dosa

Mo… ga… e.. sok ku kan lebih sempurna

Semalam

Ku meniti jalanan suram
hampir ku hanyut dan tenggelam
ku tinggalkan
oh semalam

Ku tinggalkan semalam
kian menjauh
dan semalam
terus menjauh

Takkan ku berpaling lagi
kerna semalam
pergi…

” Akan kita alami ia tetapi bila masanya hanya Allah yang tahu. Berdoa dan terusla berdoa memohon kempunan dariNya kerana semestinya yang semalam itu mempengaruhi hari yang mendatang. Kita tidak duga yang mendatang itu baik mahupun buruk. Bersama-samala kita beringat…